Friday, July 6, 2018

PPBM ganti UMNO lindungi Melayu

Sayed Hesham Idris
06 Julai 2018 7:14 PM

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap ketika Program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Laketown Resort, Bukit Merah, Taiping, hari ini. - UTUSAN ONLINE/KAMAL BASIR WAHAB

TAIPING 6 Julai - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PPBM akan menggantikan UMNO sebagai pelindung kepada orang Melayu.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata, orang Melayu berasa tidak begitu selamat selepas Pakatan Harapan menerajui negara disebabkan sekian lama mereka percaya bahawa perlindungan hanya mampu diberikan oleh UMNO.

Beliau berkata, begitupun PPBM tidak akan berkelakuan seperti UMNO hari ini yang sudah jauh menyimpang daripada perjuangan dan tujuan asal penubuhannya.

"UMNO dulu adalah parti yang dihormati, dimuliakan tapi apabila menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.

"Sebaliknya di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak), UMNO menjadi parti yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka sahaja dan yang ambil duit terbanyak, yang mencuri duit ialah Presiden mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Laketown Resort, Bukit Merah di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-