Tuesday, July 10, 2018

Ustaz Kazim dakwa ceramah disekat, sahkan mahu jual bangunan tahfiz di Manjoi

MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
10 Julai 2018 2:24 PM

Kazim mendakwa disekat dalam menyampaikan ceramah dan satu sidang akhbar akan dibuat pada pagi esok bagi menjelaskan keadaan terkini mengenai pusat tahfiz tersebut.

IPOH – Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias mendakwa dirinya dihalang daripada menyampaikan ceramah sekali gus menyebabkan pengurusan di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Barakah, Manjoi dekat sini terjejas.

Ustaz Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat tersebut berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menjual sebahagian unit bangunan berkenaan selepas menghadapi masalah kewangan apabila tidak dibenarkan berceramah.

“Pusat ini memerlukan kira-kira RM150,000 sebulan bagi menampung kos keseluruhan yang menempatkan 100 orang pelajar.

“Saya terpaksa membuat keputusan menjual Unit Tahfiz bagi menampung kos pentadbiran dua unit lain iaitu Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok untuk dewasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, dalam satu status yang dimuatnaik Ustaz Kazim dua jam lalu, beliau mendakwa dia disekat dalam menyampaikan ceramah dan satu sidang akhbar akan dibuat pada pagi esok bagi menjelaskan keadaan terkini mengenai pusat tahfiz tersebut.

Sejak awal pagi tadi, sekeping gambar mengenai pusat tahfiz berkenaan yang mahu dijual telah diiklankan di laman mudah.my pada Sabtu lalu dan satu status Ustaz Kazim yang mahu menjual pusat tahfiz tersebut tular di media sosial Facebook dan WhatsApp. 

- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-