Wednesday, August 15, 2018

Wanita dipenjara selepas hina azan, cetus hura-hara di Indonesia

FMT Reporters | August 15, 2018

Penganut Buddha itu mendakwa azan di masjid berhampiran rumahnya 'terlalu kuat' dan 'menyakitkan' telinga.

Susulan dakwaan itu, umat Islam di Sumatera Utara mencetuskan hura-hara dan beberapa kuil Buddha dibakar.

PETALING JAYA: Seorang wanita Buddha di Sumatera Utara, Indonesia berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara 1 setengah tahun selepas dia dituduh menghina azan sebagai “terlalu kuat” dan “menyakitkan” telinga.

Jakarta Post melaporkan kenyataan Meiliana, 44, yang dibuat pada 2016, dipercayai mencetuskan huru-hara yang teruk di Tanjung Balai, di mana orang Islam mendakwa mereka tersinggung dengan kata-kata wanita itu dan membakar beberapa kuil Buddha.

Pihak pendakwa mengenakan hukuman berdasarkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Sumatera Utara, yang menegaskan kenyataan Meiliana itu sebagai menghina.

Pendakwa raya juga mendakwa kenyataannya juga menimbulkan rusuhan anti-Cina di daerah itu yang mengakibatkan kemusnahan beberapa kuil dan memaksa sejumlah keluarga Cina melarikan diri ke negara jiran.

Polis menahan 19 perusuh. Lapan daripada didakwa merompak, 9 memusnahkan harta benda dan 2 mencetuskan huru-hara. Semua mereka dikenakan hukuman penjara 1 hingga 4 bulan.

Kes Meiliana adalah yang terbaharu yang didakwa di bawah Undang-undang Menghina negara itu, di mana aktivis hak asasi manusia mengkritiknya sebagai “menindas”.

Pemimpin terkenal yang disabitkan dengan kesalahan menghina Islam ialah bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menggunakan ayat Al-Quran ketika berkempen untuk pilihan raya gabenor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-