Friday, September 21, 2018

Bajet 2019 belanjawan yang sukar, kata Guan Eng

Bernama
-September 20, 2018 11:32 PM


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan November ini sebagai belanjawan yang sukar bagi Kerajaan Persekutuan.

Bajet itu yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan dan dijadual untuk dibentangkan di Parlimen pada 2 November ini.

“Kita perlu membetulkan kewangan fiskal dan pada masa sama perlu juga meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kita harap rakyat akan faham bahawa kita perlukan masa 3 tahun untuk berbuat demikian,” katanya dalam temubual Bernama News, malam ini.

Terdahulu, ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara di Bernama News Channel (BNC), Lim berkata kerajaan sememangnya mengharapkan perkembangan yang positif dalam usaha mengurangkan bebanan hutang negara dalam masa 3 tahun, walaupun meraih hasil kutipan cukai lebih rendah.

Di bawah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan dijangka mengutip sejumlah RM21 bilion pada tahun depan berbanding RM44 bilion menerusi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Melalui pelaksanaan SST yang telah ditambahbaik, kerajaan sudah ‘mengembalikan’ semula jumlah kutipan cukai yang dianggarkan sekitar RM23 billion kepada rakyat,” katanya.

Semakan senarai barang SST

Sementara itu, hasil kajian semakan semula senarai barangan di bawah (SST dijangka diumumkan sebelum pembentangan Bajet 2019 pada November ini, kata Lim.

Beliau berkata kerajaan menerima banyak maklum balas rakyat yang meminta supaya kadar cukai itu dikurangkan bagi barangan termasuk kosmetik, kamera dan tayar celup.

“Maklum balas golongan wanita menyatakan kosmetik penting dan perlu. Kita hormati dan akan kurangkan (kadar cukai) kepada 5% (daripada 10%).

“Sekiranya ia dapat menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat, kita akan melaksanakannya,” katanya.

Lim berkata sejak SST diperkenalkan semula, rata-rata harga barangan menurun dengan perbezaan 0.2% berbanding harga ketika pelaksanaan GST.

“Sekiranya berlaku kenaikan harga, ianya lebih rendah berbanding dengan GST.

“Ini kerana banyak barangan yang dikenakan cukai GST sebelum ini sebaliknya tidak lagi tertakluk dengan cukai itu seperti motosikal di bawah 250cc, lampin bayi serta tuala wanita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-