Saturday, October 20, 2018

Anwar gesa orang Melayu belajar bahasa Mandarin

M Fakhrull Halim
Diterbitkan 20 Okt 2018, 2:09 petang


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa orang Melayu - terutama golongan yang masih muda - agar menguasai bahasa Mandarin.

Ia memandangkan kedudukannya sebagai bahasa ekonomi yang penting terutama di rantau Asia, katanya.

"Pada zaman 1950-an dan 1960-an, perdebatan antara bahasa Melayu dan Cina lebih ke arah perkauman.

"(Tetapi) pada 2018, persoalan adalah tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Cina sebagai bahasa ekonomi yang sangat strategik.

"Asalkan kedudukan bahasa Melayu seabgai bahasa kebangsaan tidak dipersoal, penguasaan bahasa lain perlu didukung, malah saya mengusulkan anak Melayu menguasai bahasa Mandarin sebagai bahasa ekonomi penting di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Muktamar Sanawi kali ke-47 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Sejak menjadi aktivis pelajar beberapa dekad lalu sehinggalah sebagai pemimpin politik utama di Malaysia, Anwar sememangnya dikenali sebagai susuk yang tegas mempertahankan bahasa Melayu.

Misalnya ketika isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hangat beberapa bulan lalu, beliau berkata ia boleh dipertimbangkan tetapi dengan tidak mengabaikan bahasa Melayu sebagai tunjang dalam dasar pendidikan.

Hari ini beliau sekali lagi berkata kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, seperti termaktub dalam perlembagaan, perlu dijunjung.

“Saya antara yang mengkritik penguasaan bahasa Melayu yang lemah dan juga penggunaan bahasa lucah yang digunakan di kalangan ahli parlimen,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-