Tuesday, October 23, 2018

Kecaman Berterusan Terhadap UMNO : Adakah Tun Sudah Lupa…?

Berita Utama
Ropikah Ahmad
23 October 2018

KUALA LUMPUR, 23 OktTun Dr Mahathir Mohamad menuduh pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri diulang-ulang sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan, sedangkan hakikatnya di era pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jugalah rakyat menikmati bermacam-macam bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding sekarang segalanya sudah dihapuskan, luah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, tiada salahnya dengan parti keramat ini, dan perlu diingat kerana ahli UMNO jugalah Tun bertahan selama 22 tahun hingga berjaya menjadikan anak-anak Tun Bilionair.
“Adakah Tun sudah lupa? Sepatutnya kerajaan sekarang perlu fokus jalankan kerja kerja sebagai pemerintah,tunaikan janji janji ditabur pada PRU14 lepas dan membantu rakyat.

“Adakah Tun sedang dalam ketakutan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen?” soal beliau menerusi catatan terbarunya dalam blog beliau.

Beliau menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO akan tetap meneruskan perjuangan walaupun ditekan.

“Insya-Allah kami ahli UMNO akan terus istiqomah kekal dalam saf perjuangan walau ditekan teruk oleh pemerintah sekarang,” katanya lagi.

 – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-