Wednesday, October 24, 2018

Lain kali fikir dulu sebelum komen

MyMetro
Mutakhir
Shahrinnahar Latib
cnews@nstp.com.my

GAMBAR hiasan

BURUH ditahan kerana menghina anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, semalam, dalam Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumah di Kampung Parit Tengah, Pekan, 10.30 malam tadi.

Katanya, suspek meninggalkan komen ke atas status berkenaan dengan kemalangan maut membabitkan dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, dalam kumpulan ‘Komuniti Kuantan’.

“Suspek membuat komen: ‘padan muka polis segelintir jahat hahahahahahaha hahahah’.

“Laporan dibuat oleh anggota polis yang tidak berpuas hati atas komen berkenaan dan mahu tindakan sewajarnya diambil ke atas pengguna Facebook berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pergi ke rumah berkenaan dan berjaya menahan suspek yang terbabit.

“Hasil pemeriksaan, kita merampas telefon bimbit jenis Samsung Galaxy J2 Prime dan dua kad sim Celcom. Siasatan mendapati, telefon bimbit yang dirampas itu digunakan untuk melayari Facebook.

“Ujian air kencing juga sudah dijalankan ke atas saspek dan hasilnya negatif. Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini ,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 12:36 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-