Friday, November 9, 2018

Dr M jelaskan kenapa nasihat Zahid bubar Umno

Diterbitkan 9 Nov 2018, 5:59 petang |


Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan nasihat yang pernah diberikan beliau kepada Zahid Hamidi supaya membubarkan Umno.

Dalam suatu hantaran video di Facebooknya, Mahathir berkata beliau memberitahu Zahid yang juga presiden Umno sekarang bahawa Umno yang ada hari ini sudah menyeleweng daripada prinsip perjuangannya.

"Saya suruh dia bubarkan pasal Umno sudah tiada lagi. Secara benar sudah tidak ada Umno cuma suatu badan yang berdaftar.

"Tapi prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli-ahli Umno ini kekal di dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya mengutamakan duit. Cash is king.

"Sebab itu Umno yang semacam itu perlu dibubar," kata Mahathir mengulas ucapan Zahid pada persidangan tahunan MIC baru-baru ini.

Menurut laporan FMT, Zahid berkata pesanan Mahathir dalam pertemuan itu cukup jelas bermaksud Umno perlu dibubarkan dan anggotanya menyertai Bersatu.

Zahid mengaku dua kali bertemu Mahathir selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Zahid dakwa kena tuduhan sebab enggan 'lompat'

Zahid juga mendakwa beliau enggan 'melompat' dan mengakibatkan dirinya dikenakan berbagai pertuduhan jenayah di mahkamah.

Beliau juga berkata tidak akan keluar partinya serta tidak akan membubarkan Umno, gabungan BN dan tetap mempertahankan dirinya tidak bersalah.

Cakap-cakap mengenai wakil rakyat Umno menyertai Bersatu semakin bertiup kencang selepas Bersatu menerima Anggota Parlimen Jeli, Mustapha Mohamad dua minggu lalu.

Sementara itu, bagi soalan terdapat anggota Bersatu yang merasa terpinggir, Mahathir berkata masalah akar umbi yang tidak berpuas hati akan cuba diselesaikan.

"Itu ada orang didengar dan tidak didengar. Orang yang tdidengar tidak sebut apalah (aduan). Orang yang kecewa memang dia sebut kekecewaannya.

"Tetapi kita ada pemimpin sekalian ramai. Sekarang ini kita sibuk untuk memulihkan semula negara,ewangan negara

"Dan kalau kita nak dengar (semua) keluhan, kita kena ambil masa.

"Orang ini patut digugurkan, orang ini patut disingikitkan. Kalau begitu perjuangan mereka, susahlah bagi kita hendak bagi masa kepada mereka.

"Hari ini bukan masa kita hendak menaikkan diri, hari ini ialah untuk kita perhambakan diri kita kepada perjuangan orang Melayu, orang Islam dan negara Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-