Tuesday, November 20, 2018

Hadi: Semua umat Islam wajib bantah Icerd

Diterbitkan 20 Nov 2018, 3:06 petang
|

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata semua umat Islam wajib menentang cadangan meratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum (Icerd).

Jelas Abdul Hadi, ratifikasi Icerd akan meletakkan Islam pada kedudukan sama dengan agama lain.

“Malangnya ada orang Islam yang tak faham atau buat-buat tak faham... nak berjuang atas nama persamaan, nak menjadikan Islam ini sama dengan agama lain, ini tidak boleh.

“Kita mesti menentang kerana orang Islam wajib mengatakan Islam itu betul. Kita beri hak kepada agama lain, tak ganggu tapi nak kata agama lain betul juga macam Islam tak boleh. Ini sempadan yang kita tak boleh langgar,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada majlis Tausiyah Perdana Ambang Maulidur Rasul di Masjid Abidin (Masjid Negeri) di Kuala Terengganu, semalam.

Tambah anggota parlimen Marang itu lagi, meratifikasi Icerd di negara ini adalah tidak adil kerana golongan bumiputera "ketinggalan" dalam pelbagai aspek.

"“Kita kena faham, adil adalah bila meletakkan sesuatu kena pada tempat, bukan persamaan (contohnya) ibu bapa yang ada anak 10 orang tak sama dengan yang ada anak tiga orang, tak boleh atas nama adil kita beri sama banyak.

“Orang Islam Bumiputera dalam keadaan ketinggalan, kemudahan belajar lemah diatur penjajah dulu, yang bukan Islam diletak di bandar menguasai perdagangan, industri, pelabuhan dan macam-macam dan dalam kedudukan yang lemah ini (keistimewaan) nak dihapuskan atas nama persamaan, ini tidak betul,” katanya.

PAS dan Umno sebelum ini mengumumkan akan mengadakan himpunan bantahan bersama di Kuala Lumpur pada 8 Dis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-