Friday, December 14, 2018

AMANAH ajak pejuang Islam, Melayu bersama PH

BORHAN AHMAD

Mohamad mengecam fahaman celaka kepada orang Melayu sehingga mereka sanggup menyokong perompak dan penyamun di negara ini atas nama mereka Melayu dan Islam.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu mengajak pejuang Islam dan Melayu di negara ini agar bersama-sama dengan Pakatan Harapan membuat perubahan untuk mengembalikan hak rakyat.

Beliau berharap mereka tampil ke depan untuk mengecam pengkhianatan yang telah dibuat ke atas negara ini.

“Bagaimana mungkin masih ramai di kalangan orang Melayu dan Islam boleh mendiamkan diri (dan ramai juga yang mempertahankan) terhadap jenayah penyelewengan khazanah negara yang ratanya mewakili kepentingan orang melayu dalam negara ini,” katanya.

Bagi beliau, penyalahgunaan kuasa yang berlaku kepada Felda, Tabung Haji Felcra dan 1MDB sepatutnya menjadi agenda besar pejuang-pejuang Islam dan pejuang Melayu tampil ke hadapan.

“Kita harap pejuang Islam dan Melayu tampil ke hadapan bersuara mengecam pengkhianatan ini dan bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Harapan membuat perubahan,” katanya.

FAHAMAN CELAKA

Mohamad juga mengecam pihak yang menyifatkan tidak boleh menyokong segala perbuatan baik orang bukan Islam kerana mereka akhirnya ke neraka juga kerana seburuk-buruk Melayu, akhirnya ke syurga juga.

“Inilah fahaman celaka kepada orang Melayu sehingga mereka sanggup menyokong perompak dan penyamun di negara ini atas nama mereka Melayu dan Islam,” kata beliau mengecam

Mohamad berkata demikian ketika memberikan pidato sempena Konvensyen AMANAH Nasional ke 3 di Dewan Konvenyen Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/amanah-ajak-pejuang-islam-melayu-bersama-ph/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-