Thursday, January 17, 2019

Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

Hafiz Yatim 
Diterbitkan Hari ini 6:43 petang


Shaariibuu Setev akan berada di Malaysia minggu depan untuk memberi keterangan dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan anaknya, model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Saman tersebut difailkan oleh Setev dan anak Altantuya pada 2007, setahun selepas pembunuhan itu, dan terhadap kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Empat tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Azilah dan Sirul.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman mati tetapi Sirul berjaya melarikan diri ke Australia selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.

Peguam Sangeet Kaur Deo memberitahu Malaysiakini bahawa Setev merupakan saksi pertama yang dipanggil memberi keterangan dalam saman itu.

"Diharapkan beliau akan memberi keterangan pada hari Selasa atau Rabu di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas permohonan penzahiran (discovery application) kita didengar," katanya.

Perbicaraan sivil itu akan dijalankan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera selama dua minggu bermula Selasa ini.

Tahun lalu, hakim memutuskan nota dan penghakiman dalam prosiding jenayah tidak boleh digunakan dalam perbicaraan sivil.

Susulan itu, peguam Setev mungkin perlu memanggil semula para saksi yang telah memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah tersebut.

Awal minggu ini, Sangeet memfailkan permohonan penzahiran agar Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan kandungan kenyataan saksi dalam perbicaraan kes bunuh itu.

Ia termasuklah kenyataan DSP Musa Safri, bekas pembantu (ADC) bekas perdana menteri Najib Tun Razak.

"Kami mahu semua kenyataan dibuka, termasuklah saksi yang tidak dipanggil oleh pasukan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah," katanya lagi.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini pada 2015, Sirul berkata Musa sepatutnya dipanggil sebagai saksi.

Najib berulang kali menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan Altantuya dan polis juga membersihkan namanya. Razak Baginda - individu yang dulu dilihat rapat dengan Najib - didakwa atas kesalahan bersubahat dalam pembunuhan itu, tetapi kemudian dibebaskan.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-