Saturday, January 12, 2019

'Perang' 4 penjuru di Cameron Highlands

MyMetro
Wartawan NSTP

CALON Pakatan Harapan, M Manogaran (dua kiri); calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor (dua kanan); calon bebas, Sallehudin Ab Talib (kiri) dan calon bebas Wong Seng Yee (kanan) akan bertanding untuk PRK Cameron Highlands.
 FOTO Farizul Hafiz Awang

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.

Ia membabitkan calon Pakatan Harapan (PH); M Manogaran, calon Barisan Nasional (BN) dan Ramli Mohd Noor serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.

Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata ditutup tepat pada 10 pagi selepas dibuka 9 pagi tadi.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 10:58 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-