Friday, February 15, 2019

Hadi jumpa Mahathir sekali lagi

Norman Goh 
Diterbitkan Hari ini 3:01 petang


Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini, Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut kira-kira jam 9 pagi dan kedua-dua tokoh berkenaan mengadakan pertemuan kira-kira 30 minit.

Bagaimanapun setakat ini butiran pertemuan berkenaan belum dapat disahkan.

Ia adalah pertemuan kedua membabitkan Mahathir dengan salah seorang pengkritik tegarnya itu sejak beliau menjadi perdana menteri kali kedua Mei tahun lalu.

Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Ketika itu Mahathir bertemu Abdul Hadi yang datang bersama Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.

Secara kebetulan pertemuan hari ini berlangsung ketika PH dan pembangkang bersiap sedia memulakan kempen secara rasmi bagi menentukan pemilik kerusi kawasan dewan undangan negeri di Semenyih esok.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-