Monday, February 11, 2019

Inkues Adib: Pemandu trak bomba takut, perusuh jerit pergi balik jangan padam

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan Hari ini 2:01 tengahari


Seorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpulan perusuh.

Md Eliza Mohd Noor, saksi kedua dalam inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berkata perusuh menjerit,"bomba pergi balik, jangan padam!"

Katanya, cermin hadapan trak bomba yang dipandunya kemudian dilemparkan batu dan helmet.

Md Eliza berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Hamdan Hamzah:

"Md Eliza: Saya dengar orang awam jerit, "Bomba pergi balik jangan padam!"

Hamdan: Sekali atau banyak kali?

Md Eliza: Banyak kali, sambil orang awam buat isyarat tangan suruh balik.

Hamdan: Apa tindakan km?

Md Eliza: Setelah cermin pecah. Saya takut. Secara spontan saya berundur ke belakang."

Md Eliza memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam pasukannya terdiri daripada pegawai penyelia dan lima anggota pada awalnya ditugaskan dari stesen bomba Subang Jaya bagi memadamkan api untuk sebuah kereta yang terbakar dan mereka tiba di kawasan berkenaan sekitar 1.12 pagi pada 27 November 2018.

Mereka diiringi van pasukan perubatan kecemasan bomba yang mana Adib bertugas sebagai pegawai perubatan.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-