Wednesday, February 13, 2019

Pemimpin PKR kecewa, PM mungkir janji terima bekas MP Umno

Diterbitkan 6 minit yang lalu pada 13 February 2019
Oleh Raynore Mering

Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan enam bekas ahli parlimen Umno ke dalam Bersatu, 12 Februari 2019. 
Foto oleh Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 13 Feb Naib presiden PKR membantah tindakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana menerima tujuh bekas ahli parlimen Umno.

Chang Lih Kang berkata beliau kecewa kerana Tun Dr Mahathir Mohamad membelakangkan kata-kata beliau untuk tidak menerima ahli Umno di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Lebih mengejutkan, Tun Dr Mahathir, pengerusi parti, yang tegas menyatakan pada Mei 2018, bahawa Pakatan Harapan tidak akan menerima bekas ahli Umno ke dalam PH,” katanya.

Chang turut menggesa semua parti komponen PH untuk berhenti menerima bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kerana ia mencemarkan imej kerajaan.

“Kita tidak sepatutnya membelakangkan kehendak mereka (rakyat) dengan menerima ahli parlimen daripada bekas rejim ke dalam kerajaan baru.

“Ia adalah pengkhianatan terhadap keputusan rakyat,” kata ahli parlimen Tanjung Malim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-