Friday, February 22, 2019

Tempahan stadium untuk ceramah Dr Zakir Naik ditolak

sitifatimah
22/02/2019

Stadium Bandaraya Pulau Pinang telah ditempah Persatuan Bola Sepak untuk perlawanan Liga Premier 2019 mulai Mac hingga Julai depan


GEORGETOWN, 17 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menolak permohonan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Pulau Pinang untuk menempah Stadium Bandaraya Pulau Pinang bagi menganjurkan ceramah umum oleh pencemarah antarabangsa, Dr Zakir Naik, Jun ini.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP berkata, permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana stadium itu telah ditempah oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk perlawanan Liga Premier 2019 mulai bulan ini hingga Julai depan.

MBPP, dalam kenyataan hari ini berkata, Stadium Bandaraya juga sudah ditempah oleh sekolah, persatuan dan kelab sukan yang lain untuk acara sukan.

“Oleh itu, kami tidak dapat mempertimbangkan pemohonan yang dikemukakan oleh IPSI pada 10 Januari lalu, ” menurut kenyataan itu.

MBPP juga mempunyai rutin penyelenggaraan padang dan stadium yang perlu dilaksanakan bagi memastikan venue sentiasa dalam keadaan baik untuk semua akiviti sukan, katanya.

“Kerja-kerja penyelenggaraan stadium dan padang sudah dijadualkan sebelum pemohonan diterima daripada IPSI,” katanya.

Program Dr Zakir dijadual diadakan di stadium tersebut dari jam 8 hingga 11 malam, 14 Jun ini, dengan anggaran peserta seramai 10,000 sehingga 15,000 orang.

 – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-