Wednesday, March 13, 2019

Kerjasama Umno-PAS ancaman PH di Perak, Kedah?

Diterbitkan pada 13 March 2019

Oleh Syed Jaymal Zahiid dan 
         Emmanuel Santa Maria
Kerjasama Umno-PAS dijangka diperluas ke Perak dan Kedah. 
Foto oleh Farhan Najib

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kerjasama Umno-PAS di Perak dan Kedah bakal menjadi topik dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berikutan dua negeri itu dilihat goyah.

Perkara itu susulan “kerajaan gabungan” baru Umno dan PAS yang mentadbir empat negeri bersama mungkin memperluaskannya ke Perak dan Kedah.

PAS menguasai Kelantan dan Terengganu manakala Umno melalui Barisan Nasional (BN) mentadbir Perlis dan Pahang.

Namun, pemimpin dan penganalisis politik menganggap ancaman itu bergantung kepada keupayaan pembangkang untuk merumuskan formula gabungan kuasa.

“Kita tidak boleh terlalu membesar-besarkan kedudukan mereka. Adalah biasa bagi parti-parti pembangkang untuk bekerjasama, tidak ada perkara yang luar biasa,” kata bekas naib presiden PKR Chua Tian Chang kepada Malay Mail.

“Sama ada perkahwinan itu akan berlangsung sehingga pilihan raya umum akan datang, kita tidak tahu. Sama ada mereka akan mempunyai gabungan yang sama seperti PH yang akan bertanding satu sama lain terhadap pembangkang, kita juga belum tahu.”

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, BN dan PAS ada 30 kerusi secara kolektif manakala PH menguasai 29.

Keadaan lebih rumit di Kedah berikutan DUN terbahagi dua, PH dan kerjasama BN-PAS masing-masing memiliki 18 kerusi.

Geostrategist di Universiti Teknologi Malaysia berkata syarat kerjasama yang samar-samar memberi penekanan terhadap hubungan antara dua bekas musuh politik tersebut.

“Umno dan PAS perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk membentuk kerajaan perpaduan sebelum mereka boleh mengambil alih Perak dan Kedah,” kata Azmi Hussin.

Baca seterusnya di Malay Mail.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-