Sunday, April 21, 2019

Hadi Awang minta Anwar dedah pemimpin terima RM90 juta

PAS akan terus tingkat kerjasama dengan UMNO demi ummah, negara
21/04/2019


TANJUNG MALIM, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pemberian UMNO.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mengalu-alukan pendedahan tersebut dan terpulang kepada Anwar mendedahkan perkara itu dalam masa terdekat.

“Kita akan buat kenyataan selepas dia (Anwar) dedahkan,” katanya ringkas dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-36 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lepas mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PAS akan terus meningkatkan kerjasama dengan UMNO demi kebaikan ummah dan negara.

“Kita berharap kerjasama yang lebih baik dan mantap dengan melihat cabaran-cabaran pada masa lalu secara berperingkat yang kita mulakan melalui kerjasama pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

- Bernama

2 comments:

  1. Hari ini dapat Putrajaya, esok harga minyak turun!!! Celakalah pemimpin2 PH kerana MENIPU!

    ReplyDelete
  2. HADI OH.. HADI..KAMU PUN 2X5!!!CIRIT KUAT..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-