Wednesday, April 17, 2019

Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

Menteri agama perlu buat kenyataan terbuka minta rakyat hormati Islam

siti hafidah 
17/04/2019

 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor membuat laporan polis menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil.

BANGI, 11 Syaaban 1440H, Rabu – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa didesak supaya membuat kenyataan terbuka kepada rakyat negara ini supaya menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor membuat desakan itu susulan melihat senario penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ dan agama Islam semakin menjadi-jadi, termasuk kenyataan terbaharu yang dibuat feminis liberal, Asiah Abd Jalil, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Khairil Haniff Arsyad berkata, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah segelintir rakyat mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan hari ini.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan rasa tanggungjawab membuat laporan polis menuntut agar menteri agama, YB Datuk Mujahid Yusuf Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Asiah sekali lagi memuat naik kenyataan menghina Rasulullah ﷺ , mendakwa Baginda ‘bersenang-lenang’ beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah.

“Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan tidak suka. Contohnya, Nabi senang-lenang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan isteri seorang.

“Sesuatu yang pak lebai tabligh contoh dan amalkan hingga kini, nak beribadah tanpa gangguan katanya,” kata Asiah.

Asiah turut mendakwa bahawa Islam tidak pernah menghapuskan sistem perhambaan.

Menyifatkan kenyataan aktivis liberal itu bersifat jahat, Mohd Khairil mendesak Mujahid supaya membuat kenyataan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, selain mengajak menghormati agama lain di negara ini.

“Dalam masa sama, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengajak Puan Asiah Abd Jalil agar bertaubat dan menginsafi atas kenyataan jahatnya terhadap Rasulullah ﷺ dan Islam,” katanya.

2 comments:

  1. Bila pas nk wat laporan polis tentang ada ulamak agung kata wajib berbohong demi maslahat.

    ReplyDelete
  2. Wajib bohong tu bukan ajaran Agama islam tp ajaran agama ulamak pas. For sure ajaran sesat tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-