Wednesday, May 22, 2019

Amaran kepada samseng ugut penguat kuasa

MyMetro
Mutakhir

ABDUL Hamid

BERNAMA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap samseng yang cuba mengugut pegawai dan anggota penguat kuasa sebagai amaran bagi menghentikan tindakan penguatkuasaan atau pendakwaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kepada Bernama hari ini, beliau memandang berat kes ugutan sedemikian sejak kebelakangan ini.

Beliau sudah mengarahkan pegawai dan anggota polis untuk segera menyiasat serta menangkap penjenayah itu untuk diadili dengan memberi jaminan perlindungan keselamatan kepada penguat kuasa yang menjadi mangsa.

Pada 28 April lalu, rumah dan kereta Pengarah Penguatkuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang diserang beberapa lelaki.

Dua kenderaan milik mangsa turut disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan kertas telah dibakar dengan mercun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Pada Isnin, kereta milik timbalan pendakwa raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di Kulim, Kedah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Pada Ahad lalu, Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis bagi membantu siasatan kerana mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 11:13 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-