Thursday, May 23, 2019

Kes bakar kereta mufti: Jangan terus hukum individu direman - Syahredzan


Individu yang direman dalam kes kebakaran kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak boleh terus dihukum sehinggalah polis menyelesaikan siasatan, Setiausaha Politik MP Iskandar, Syahredzan Johan.

"Kita juga harus menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak terus ‘menghukum’ individu-individu yang direman sehinggalah pihak polis selesai menjalankan siasatan mereka," katanya pada suatu kenyataan malam tadi.

Syahredzan merujuk laporan penahanan reman tiga individu bagi membantu siasatan polis dalam kes ini.

Beliau juga menyatakan keyakinannya terhadap pasukan polis dalam menjalan siasatan mengenai kes ini.

"Saya yakin bahawa pihak polis akan membuat siasatan bebas dan menyeluruh ke atas insiden tersebut, dan membawa individu-individu yang bertanggungjawab akan di bawa ke muka pengadilan," katanya lagi.

Tiga anggota Jabatan Amal PAS

Menjelaskan lanjut, Syahredzan yang juga seorang peguam berkata keganasan bukanlah penyelesaian terhadap pertikaian.

"Sekiranya benar bahawa insiden tersebut berlaku kerana ada pihak mahu melakukan khianat terhadap mufti Perlis, ia merupakan suatu perkembangan yang amat membimbangkan.

"Semua pihak mestilah menolak segala perbuatan ekstrem seperti membakar kenderaan dan perbuatan khianat lain," ujarnya.

Jabatan Amal Malaysia (JAM) semalam mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu.

Semalam, Ketua Pengarah JAM, Mohd Nazree Mohd Aris, ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota terlibat ditahan reman empat hari mulai kelmarin, 21 Mei.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazree beliau pelik dengan penahanan tersebut.

Justeru Mohd Nazree berkata pihaknya hairan apabila polis menahan tiga anggota Unit Amal yang tidak terlibat dan tiada sebarang rekod jenayah.

Katanya dua suspek utama yang dilihat terbabit membakar kereta Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu ialah penagih dadah dan masih bebas.

Dalam perkembangan berkaitan, petang semalam Dr Asri tampil memohon maaf susulan paparan dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia - bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang - yang mengiringi hantaran mengenai kes bakar keretanya.

Hantaran tersebut dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Mohd Asri dan mengundang kecaman PAS, sebelum kemudiannya dipadamkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-