Thursday, May 23, 2019

Kit Siang tak teruskan debat dengan Najib, nafi dirinya pengecut


Veteran DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana bimbang dengan kemungkinan besar ini akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman.

Katanya, sejak 48 jam yang lalu, beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu.

“Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut. Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.

“(Tajuk debat) Bagaimana Malaysia terjerumus menjadisebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” kata Lim dalam satu kenyataan media, petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-