Saturday, May 25, 2019

Munajat AKIFI Bagan Datuk dihadiri Wanita Umno

AKIF DANISYA 
25 MAY 2019

BAGAN DATUK:  Muslimat PAS Malaysia telah menganjurkan Munajat AKIFI Siri Ke-13 yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bagan Datuk, Jalan Sungai Tiang, di sini kelmarin.

Program yang turut disertai Wanita Umno ini membuktikan agenda ta'awun siyasi telah memberi impak terhadap kekuatan kedua-dua parti bukan kerajaan itu.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam tazkirahnya menghurai kepentingan menghayati Nuzul Quran dan mengejar kelebihan lailatul qadar.

Beliau menyeru mengambil keberkatan Ramadan dengan doa dan munajat agar negara dipimpin oleh pemimpin yang bersungguh mahu melaksanakan Islam di dalam negara.

Hadir pada bacaan Yaasiin, solat hajat dan munajat dipimpin Nuridah ini adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dan Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datuk, Zarozatin Mat Isa.

Pada majlis sama juga disampaikan sumbangan barangan makanan asas dan duit raya kepada asnaf oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Perak, Rohawati Abidin dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Malaysia.

Perpaduan erat yang kukuh menyatu dua entiti PAS dan Umno ini juga terlihat dari penampilan peserta apabila mengenakan tema sama iaitu putih dan batik sekali gus menggambarkan semangat juang berkaitan agama dan bangsa.

 - HARAKAHDAILY 25/5/2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-