Thursday, June 20, 2019

Haziq ulangi tuduhan, dakwa pisah kerja dengan skandal seks sejenis

FMT Reporters
-June 20, 2019 11:08 AM

Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:   Individu di tengah-tengah klip video seks yang menyasarkan Mohamed Azmin Ali mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung dakwaan insiden itu walaupun menteri terbabit keras menafikan penglibatan dalam rakaman video tular yang memaparkan mereka melakukan hubungan seks sejenis.

Haziq Aziz memberitahu akhbar theSundaily bahawa beliau dan Azmin memisahkan hubungan mereka dengan tugas profesional masing-masing sejak “menjalin hubungan intim” pada 2016, 3 tahun selepas Haziq memperkenalkan Azmin kepada pelajar di Universiti Malaya.

“Tetapi kami tidak mencampurkan politik dengan perhubungan kami,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar tersebut.

Semalam, Haziq, yang merupakan pembantu Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau membuat keputusan untuk membuat satu video pengakuan bahawa klip video yang tular di media sosial itu melibatkan dirinya dengan Azmin adalah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

“Ia merupakan satu risiko, tetapi saya lebih bersedia mendapat perhatian umum daripada menderitai nasib seperti Altantuya Shaariibuuu,” katanya kepada theSun, merujuk kepada pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia pada 2006.

Azmin mengutuk dakwaan itu sebagai fitnah yang bertujuan membunuh kerjaya politiknya. Beliau juga membuat satu laporan “qazaf” terhadap Haziq dengan pihak berkuasa agama Islam.

Semalam, jawatankuasa disiplin PKR berkata, Haziq akan diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung dakwaannya.

Dalam temu bual berkenaan, Haziq berkata, beliau mula membantu Azmin “menangani beberapa cabaran” dalam PKR semasa masih belajar, iaitu sewaktu pemimpin PKR itu dicabar oleh menteri besar Selangor ketika itu, Abdul Khalid Ibrahim, untuk jawatan orang nombor 2 parti.

Haziq juga menolak dakwaan bahawa beliau mendapat bayaran yang tinggi untuk membuat pengakuan itu.

“Kenapa pula saya hendak musnahkan kerjaya saya untuk keuntungan jangka pendek,” katanya. “Saya ada kerja dan bos yang bagus.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-