Thursday, June 20, 2019

'Kalau anak buah begitu saya letak jawatan, bubar parti'

Wartawan Malaysiakini 
Diterbitkan Hari ini 1:33 tengahari 


MUKTAMAR PAS | Abdul Hadi Awang berkata beliau akan meletak jawatan dan membubarkan PAS jika ada antara anak buahnya terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Bercakap kepada perwakilan dan pemerhati Muktamar Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City dekat Kuantan hari ini presiden PAS itu berkata tidak ada tolak ansur dalam parti itu jika ia melibatkan isu moral.

"Kalau sayalah anak buah (ada buat) begitu, saya letak jawatan, bubar saja parti.

"Pada kita, moral adalah teras parti," katanya.

Tanpa membuat rujukan secara khusus, Abdul Hadi dipercayai mengulas mengenai isu klip video seks membabitkan Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku berasmara dengan lelaki lain didakwanya Azmin Ali.

Azmin ialah salah seorang menteri kanan kabinet PH dan juga timbalan presiden PKR. Beliau menafikan terlibat dalam aksi intim berkenaan.

Kata Abdul Hadi beliau tidak mahu menyebut mana-mana nama dalam kenyataan tersebut, sebaliknya cuma berkias.

"Media (sila) laporkan, PAS menolak pemimpin parti politik yang aktivitinya tidak bermoral.

"Kita tidak mahu sebut nama, siapa makan cili api dia rasa pedas," katanya.

Anggota Parlimen Marang itu juga berkata, Islam menjadikan politik sebahagian daripada agama, sekali gus menolak teori yang memisahkan politik dan agama.

"Islam jadikan politik sebagai sebahagian daripada agama. Politik Islam bermoral, berakhlak dan penekanan tarbiyah sangat penting dalam parti kita," katanya.

Justeru, tegasnya, PAS tidak tidak teragak-agak untuk memecat sesiapa yang tidak bermoral.

"Bukan seperti parti yang anggap moral perkara enteng, ringan. Apatah lagi terlibat aktiviti yang begini," kata Abdul Hadi.

N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Alyaa Alhadjri dan Lu Wei Hoong menyumbang kepada laporan ini.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-