Monday, June 24, 2019

Mahathir nafi mahu jadi PM selama 3 tahun

Adam Abu Bakar
-June 24, 2019 10:47 PM


KUALA LUMPUR:   Dr Mahathir Mohamad nafi mahu memegang jawatan perdana menteri selama 3 tahun sebelum menyerahkan kuasa Anwar Ibrahim, selepas media melaporkan pentadbirannya memerlukan 3 tahun untuk mengurangkan hutang negara.

“Saya tidak kata 3 tahun. Saya hanya hendak betulkan kerja,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka di Bandar Tasik Selatan malam tadi.

Terdahulu, Mahathir dilapor berkata tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, dan pentadbirannya memerlukan 3 tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80% Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54%.

Media Amerika Syarikat, CNBC bertanyakan kepada Mahathir sama ada beliau akan terus memegang jawatan itu sehingga masalah hutang negara selesai.

“Tidak, saya tidak akan melebihi 3 tahun,” katanya.

Anwar hari ini meminta media memberikan ruang kepada mereka mengenai isu peralihan kuasa, memberi jaminan “yang dimeterai akan ditunai – soal tarikh dan sebagainya”.

“Isu ini sudah selesai,” katanya kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-