Wednesday, June 26, 2019

Pecat Haziq: Dorayah mahu ahli bertenang, Faizah tarik kenyataan terhadap Zuraida

MALAYSIADATELINE

Dr Doroyah Alwi

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihat supaya bertenang dan tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan terhadap kemelut dalaman parti berkaitan isu video seks membabitkan pemimpin utama parti itu.

Timbalan Ketua Wanita Dr Dorayah Alwi berkata, beliau bersama barisan wanita Selangor menyokong penuh Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin untuk mendesak mendesak Majlis Pimpinan Pusat memecat Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Faizah Ariffin
Tindakan Naib Ketua Wanita Faizah Ariffin meminta Zuraida Kamaruddin angkat kaki keluar parti jelas beremosi dan bersifat peribadi.

Dorayah turut mengesa Faizah menarik balik kenyataan kasar yg dilemparkan kepada Zuraida.

“Kenyataan tersebut tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang yg berjawatan dalam pumpinan wanita dan tidak langsung membawa kebaikan malah memecahbelahkan permuafakatan dalam parti.

“Tanggungjawab wanita adalah untuk memastikan kerajaan yang sedia ada sekarang maju ke hadapan dan membantu untuk mengembeling tenaga melaksanakan tugas untuk memastikan kerajaan memenuhi janji yang telah kita janjikan.

“Sehingga kini apa yang YB Zuraida Kamaruddin laksanakan adalah untuk mengangkat nama parti dan menjaga nama baik parti dan juga wanita,” ujarnya dalam kenyataan.

Tambah Daroyah lagi, sikap Faizah yang melebal seseorang dan tidak boleh menerima pendapat orang lain ini tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin apatah lagi serangan ini terhadap seorang pemimpin wanita yg juga orang yang membantu membawa beliau didalam kepimpinan wanita keadilan sebelum ini.

“Adakah kita tidak boleh langsung memberikan pendapat dan pandangan? Nak simpan orang yang angguk je? Ia jelas bercanggah dengan semangat reformasi yang kita perjuangkan sejak 20 tahun ini,” ujarnya.

Kata Dorayah lagi, sebagai seorang naib presiden parti yang kini mengetuai Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida telah banyak berjasa kepada PKR terutamanya kepada wanita dalam mengangkat 30% kepimpinan wanita dalam pelbagai peringkat membuat keputusan.

“Kini beliau yang diangkat sebagai menteri KPKT terus bekerja bertungkus lumus memacu Malaysia kearah Malaysia Baru yang lebih baik,” ujarnya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pecat-haziq-dorayah-mahu-ahli-bertenang-faizah-tarik-kenyataan-terhadap-zuraida/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-