Friday, June 21, 2019

Ucapan dasar Hadi tentukan hala tuju PAS

Oleh Veena Rusli
veena@bh.com.my

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City, semalam.
 - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN:   Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dijadual menyampaikan ucapan dasarnya selaku Presiden PAS, seiring perasmian Muktamar PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Indera Mahkota, pagi ini.

Mengambil kira pendirian tiga sayap yang selesai bermuktamar iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, ucapan Hadi hari ini berkemungkinan besar turut menyentuh isu paling banyak diperkatakan iaitu taawun siyasi bersama UMNO.

Langkah Dewan Ulama selaku sayap paling kanan, memberi ‘lampu hijau’ terhadap kerjasama itu semalam, dilihat sebagai isyarat jelas bagi dua parti itu mencari titik tengah merentas satu hala tuju.

Turut dinanti ialah maklum balas Hadi terhadap kebimbangan segelintir ahli akar umbi yang secara terbuka mengingatkan pimpinan supaya berhati-hati dengan UMNO, kalau-kalau terus ditekan seperti sebelumnya.

Pendekatan bakal diambil Hadi untuk meredakan kebimbangan itu adalah antara penjelasan yang boleh menentukan masa depan PAS bersama UMNO, dan selama mana ia mampu bertahan.

Ini adalah kali pertama Muktamar PAS diadakan di Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-