Buy Muslim Produck First

Buy Muslim Produck First
Barangan Muslim pasti halal

Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, June 20, 2019

Wujud gerakan berani ceroboh hal ehwal Islam

IZWAN ABDUL HALIM
19 JUNE 2019


KUANTAN: Kewujudan gerakan perubahan yang mempelopori usaha pembebasan atas nama pembaharuan dan pemodenan dari luar telah dibawa masuk ke negara ini oleh pihak tertentu.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Hushaimi Hussian berkata, dari gerakan tersebut terdapat pemimpin bukan Islam yang berani menceroboh dan mencampuri urusan agama Islam.

Beliau merujuk isu terkini untuk mengkaji silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dengan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyuarakan pandangan berkenaannya.

Begitu juga sebelum itu ujarnya, apabila urusan zakat yang menyaksikan pemimpin Islam umpama boneka sahaja kerana membiarkan agihan rukun Islam tersebut dilakukan pemimpin bukan Islam.

Beliau membahas Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Dewan Konvensyen Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.

Memetik sejarah kegemilangan Islam Melaka, beliau menegaskan bahawa pemuda mesti mewujudkan kesedaran dan gelombang kebangkitan rakyat mengembalikan kekuasaan pemerintahan.

Iaitu jelasnya, pemuda mesti berada di posisi zaman dengan melaksanakan tanggungjawab turun padang memberi kefahaman kepada anak muda melalui kempen kesedaran daftar pemilih.

Pemerkasaan dakwah dan akidah juga serunya, perlu dipergiatkan pemuda dengan mendekati masyarakat menerusi pelbagai usaha dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok atau kalangan tertentu sahaja.

Beliau juga berharap Pemuda PAS mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai NGO untuk disepadukan dalam menggerakkan dakwah, pendidikan dan politik secara bersama.

 - HARAKAHDAILY 19/6/2019

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-