Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, July 19, 2019

Gambar penuh Kabinet jadi tanda tanya

Syukri Shaari
19 Julai 2019 8:23 PM

GAMBAR jemaah menteri yang tular dalam media sosial hari ini. 
- Gambar The Star Online

KUALA LUMPUR 19 Julai - Mungkinkah ini merupakan gambar kenangan sebelum berlakunya rombakan Kabinet seperti diuar-uarkan sebelum ini?

Tular dalam media sosial hari ini sekeping gambar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama dengan barisan menteri Kabinet sebelum berlangsung mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Yang menimbulkan persoalan ialah gambar kesemua jemaah menteri seperti ini secara tradisinya diambil sebelum berlangsungnya rombakan Kabinet ataupun pilihan raya umum.

Dengan beberapa bulan sejak kebelakangan ini banyak cakap-cakap mengenai rombakan Kabinet, sekeping gambar yang tular ini sudah tentunya mengundang 1,000 maksud, khususnya dalam kalangan yang mengikuti perkembangan politik semasa.

Walau bagaimanapun, pegawai kepada Perdana Menteri mengesahkan gambar tersebut tiada kaitan dengan rombakan Kabinet atau pun pilihan raya umum akan diadakan.

Pegawai tersebut memberitahu, hanya kebetulan gambar tersebut diambil hari ini memandangkan semua menteri Kabinet hadir mesyuarat untuk kali pertama. 

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-