Tuesday, July 16, 2019

Selera PAS tiada pada PH

Shakira Buang 
Diterbitkan Hari ini 3:02 petang


Hanya ada dua kata daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, apabila diminta menanggap tawaran dibuat beberapa pemimpin PH kepada parti itu: tiada selera.

Abdul Hadi ditemui media di lobi parlimen hari ini.

Beliau yang juga anggoa parlimen Marang sebelum itu ditanya mengenai tawaran PH agar PAS menyertai gabungan yang sekarang mendapat mandat menjadi kerajaan pusat.

"Tiada selera, cukup itu sahaja," katanya.

Pada 16 Julai lalu bekas naib presiden PAS, Husam Musa, membuat pelawaan agar parti terbabit menyertai gabungan kerajaan selepas sekian lama gagal menjadi kerajaan.

Husam yang kini dilantik sebagai senator menambah jika PAS menyertai PH sekarang, parti itu secara automatik akan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Husam juga menjadikan perkiraan kerusi yang dimiliki PAS sebagai alasan untuk memperkuatkan kerajaan dan suara pengundi Melayu.

Baca Husam: Pemimpin PAS 'pelakon politik' macam orang lain

Turut membuat kenyataan mengenai isu itu ialah Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Mukhriz semalam dilapor berkata PH sedia membuka pintu kepada PAS untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak, turut ditanya mengenai isu tersebut.

Kata Najib beliau percaya PAS sudah membuat pilihan.
"Saya percaya pas pun buat pilihan. Pilihan dia (PAS), Umno," katanya.

Najib yang mengaku pada April lalu bertanggungjawab menjalankan usaha "senyap-senyap" dengan Abdul Hadi untuk membawa kedua-dua parti bersama, menambah, Umno sudah membuat pilihan mengenai parti yang akan menjadi rakan mereka.

“Dari segi Umno, kita dah buat pilihan. Pilihan kita, PAS," katanya.

Malah, kata Najib kedua-dua parti itu juga sudah ada kerjasama yang kukuh dan kini dalam proses memeterai piagam bersama.

“Dan saya tengok sampai ke peringkat bahagian, cawangan pun dah ada aktiviti.

"Jadi PAS dan Umno akan merupakan landasan untuk pilihan utama umat Islam dan orang Melayu,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-