Sunday, July 21, 2019

'Siapa yang tak hadir akan diberi ruang, masa' - Anwar

Oleh Luqman Arif Abdul Karim
dan Azzman Abdul Jamal
bhnews@bh.com.my

Anwar pada sidang media selepas selesai Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021, di Port Dickson, hari ini. 
- NSTP/Hasriyasyah Sabudin

PORT DICKSON:  Seramai 20 pemimpin PKR yang gagal menghadiri pemukiman parti akan diberi tempoh dan ruang untuk memahami isi kandungan resolusi sebelum menandatanganinya.

Antara pemimpin tidak hadir pada program tiga hari sejak Jumaat lalu berkenaan ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjelaskan perkara itu berkata, bilangan yang patut hadir bagi sesi pemukiman parti untuk tiga hari itu ialah 140 orang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa pemimpin yang tidak dapat memberikan komitmen untuk hadir pada program berkenaan mengemukakan alasan tersendiri kepada kepemimpinan parti.

“Jangan pre-empt (buat tanggapan), ini masalah dia, tak baik. Pemukiman ini, siapa yang hadir, bincang dan tandatangan. Yang tidak hadir, kita boleh tanya kemudian.

“Kita kena bagi ruang kepada mereka untuk baca, sama ada mereka bersetuju atau tidak. Saya tidak fikir ada yang patut dipertikai (kerana) majoriti hadir.

“Seramai 120 daripada 140 hadir itu adalah jumlah besar. Mereka boleh tandatangan kemudian,” katanya pada sidang media selepas selesai Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-