Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, July 23, 2019

Video seks gay: Tiada orang besar politik akan dipanggil, kata polis

Faiz Zainudin
-July 23, 2019 11:52 AM

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR:  Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menafikan orang besar politik akan dipanggil untuk membantu siasatan video seks sejenis menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali yang masih berterusan.

Ditanya jika ada pemimpin PKR, termasuk Presidennya, Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk soal siasat, Hamid berkata: “Saya tak cakap begitu.”

Bercakap di luar satu persidangan di Bank Negara hari ini, katanya, sebaik saja siasatan selesai, laporan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Semalam, seorang pemimpin PKR memberitahu FMT yang polis mungkin memanggil seorang pemimpin, sebelum menyoal siasat orang besar politik itu dan menutup siasatan mereka.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-