Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, August 20, 2019

Pemimpin Melayu PH ikut telunjuk DAP

AKIF DANISYA 
20 AUGUST 2019

IPOH: Isu pengusiran Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang didakwa kehadirannya telah merosakkan keharmonian kaum di Malaysia lantang di mainkan oleh pemimpin DAP hari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Hasna' Ab Somad berkata umat Islam hendaklah bersatu dalam membentuk kesepakatan mempertahankan usaha dakwah Dr Zakir Naik yang merupakan pendakwah berpengalaman itu.

"Kelantangan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP hari demi hari bukan sahaja telah berani menyentuh hal ehwal umat Islam, malah mereka juga berani campur tangan perihal kaum Melayu.

"Dr Zakir Naik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam medan dakwah nampaknya menggerunkan DAP sehingga mereka mencipta propaganda ini.

"Sejak mendapat kuasa dan jawatan yang tertinggi pasca PRU14, DAP terlihat telah memonopoli kerajaan sehingga tindakan mereka berjaya memperkuda pemimpin Melayu PH," ujarnya.

Mengulas lanjut siasatan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan Adun Tronoh itu, beliau menyatakan ketidaktelusan dalam mendepani kes ini berjaya membuktikan kredibiliti pemimpin DAP di tahap yang lemah.

"Semasa kepimpinan Kerajaan BN lalu, DAP merupakan antara parti yang memperjuangkan kes rogol, rasuah dan sebagainya. Namun hari ini membuktikan ianya hanyalah sekadar lakonan semata-mata," ujarnya. 

-HARAKAHDAILY 
 20/8/2019

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-