Thursday, August 15, 2019

PVATTBM desak Menteri Pertahanan bersuara

NOOR SARA MASHITOH
14 AUGUST 2019


KANGAR: Lebih 400,000 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mendesak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tampil memberi kenyataan dalam isu penghinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bukannya mengambil sikap mengunci mulut membiarkan sahaja anggota tentera dihina.

Kerajaan PH juga digesa supaya melucutkan kerakyatan ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang telah menghina warga ATM.

Mereka amat terkilan, sedih dan marah dengan tindakan ahli perniagaan itu dan sama sekali tidak akan memaafkan selain menyifatkan Yew Yin sebagai biadab dan kurang ajar.

Presiden PVATTBM, Ismail Abidin berkata, tindakan Yew Yin yang menyifatkan pasukan keselamatan sebagai hanya makan dan tidur sahaja juga seolah-olah tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Ujarnya lagi, anggota tentera selama ini telah berjuang bermatian-matian mempertahan dan menjaga keharmonian negara.

"Saya harap tindakan tegas dikenakan terhadap ahli perniagaan ini dan kita desak dia dilucutkan kerakyatan, orang biadab seperti ini tidak patut tinggal di Malaysia. Dia (Yew Yin) sepatutnya menghormati tugas anggota tentera bukannya menghina," katanya ketika ditemui selepas bersama ahli persatuan itu membuat laporan polis terhadap Yew Yin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kangar di sini hari ini. (Foto atas)

Semalam, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya menggesa kerajaan PH mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Menerusi tulisan tersebut, Yew Yin dipetik sebagai meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat mereka yang tidak diperlukan.

Antara yang dibangkitkan ialah menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara sebagai hanya makan dan tidur sahaja.

Dalam pada itu, Ismail juga menggesa kerajaan menggantikan Timbalan Menteri Pertahanan yang ada sekarang dengan pemimpin Melayu Islam.

Katanya, sepanjang lebih 60 tahun pemerintahan kerajaan terdahulu tidak pernah lagi jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan bukan Melayu Islam.

HARAKAHDAILY 
  14/8/2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-