Wednesday, August 14, 2019

Suruh ‘tetamu lama’ Cina balik dulu - Zakir Naik

News | Diterbitkan Hari ini 1:51 tengahari 


Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia, sebagai respons balas atas gesaan supaya beliau keluar daripada negara ini.

Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, di mana beliau turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia.

Zakir membuat kenyataan mengenai kaum Cina di Malaysia itu apabila bercerita tentang bagaimana agama Islam tersebar dengan aman di sekitar daerahnya melalui pedagang.

“… Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita.

“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu. Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.

“Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini),” katanya.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-