Tuesday, August 20, 2019

Utusan khazanah orang Melayu, sejarah negara, kata Najib

MALAYSIADATELINE
August 20, 2019 7:00 am
Datuk Seri Mohd NAjib Razak menyeru rakyat membantu dengan melabur atau bekerjasama dengan Utusan.
- Foto FB Najib.

Najib menerusi laman Facebook miliknya turut menyifatkan syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad bukan sekadar sebuah syarikat media dan akhbar paling lama, tetapi merupakan simbol dan khazanah orang Melayu dan berkait rapat dengan sejarah Malaysia.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dan marah susulan laporan berkemungkinan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! akan menutup operasinya pada Rabu ini.

“Saya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita bahawa Utusan mungkin menghentikan operasi hari Rabu ini sedangkan gaji pekerja telah tertunggak berbulan-bulan.

“Oleh itu, inilah masanya rakyat semua tampil ke depan untuk menolong. Belilah senaskah Utusan atau Kosmo setiap hari. Layarlah dan kongsikan artikel-artikel dari laman web Utusan,” katanya dalam kenyataan di laman facebook.

Perniagaan yang ada bajet pengiklanan boleh mempertimbangkan untuk membeli ruang iklan di Utusan atau Kosmo.

Ahli perniagaan yang memiliki kemampuan seharusnya melihat untuk melabur atau bekerjasama dengan Utusan.

“Utusan masih mempunyai potensi dan kakitangan yang berpengalaman jika diuruskan dengan sebaiknya. Kita sama-sama tolong kembalikan zaman kegemilangan Utusan.

“Akhbar ini berjuang untuk kita. Masanya tiba untuk kita bantu dan berjuang untuk mereka pula.

Bantulah Utusan. Mereka sebahagian dari kita,” katanya.

Semalam lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.

Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 tengah hari itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Isu kelewatan bayaran gaji menyebabkan kakitangan syarikat berdepan kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan harian.

Selain itu, bekas kakitangan yang mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) turut menerima nasib sama apabila bayaran terakhir yang diterima adalah pada Jun lepas.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/utusan-khazanah-orang-melayu-sejarah-negara-kata-najib/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-