Friday, September 6, 2019

Isu penjawat awam : Kerajaan PH hentikanlah buat preskripsi salah.



Berhentilah buat preskripsi salah

Perkhidmatan Awam adalah antara yang UMNO dan kita semua perjuangkan sejak sebelum merdeka. Kita mengambilnya kembali dari penjajah Inggeris dan jadikan hak kita, dari kita, dan untuk kita.

Kita pasak ia dalam Perlembagaan negara. Ia sebahagian dari hak istimewa kita. Ia harus diperkaya dan diperkukuhkan. Bukan dilemah atau diperkecilkan.

Saranan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), untuk mengecilkan perkhidmatan awam, menggantikan Skim Tetap dan Berpencen kepada Skim Kontrak ditentang sekeras-kerasnya.

Yang diperlukan bukan downgrading atau scaling down perkhidmatan awam, tetapi peningkatan produktiviti dan efficiency khidmat mereka. Dalam keadaan khidmat kepada rakyat semakin lemah, tindakan Kerajaan PH umpama tikus membaiki labu.

Penjimatan bukan alasannya. Kerajaan sepatutnya memperbaiki sistem cukai yang regresif dan mundur ke belakang seperti SST yang merugikan negara puluhan billion. Kerajaan sepatutnya berhenti membiakkan ‘black economy’, pelarian dan ketirisan cukai serta pengaliran wang ke luar negara.

Berhentilah dari terus membuat preskripsi dari terus membuat preskripsi yang salah…apa lagi terus menerus memangsakan institusi dominan anak watan dan Bumiputera yang jujur dan setia berkhidmat.

Kerajaan hendaklah berhenti dari menjadikan Perkhidmatan Awam sebagai scapegoats atau kambing hitam. Kerajaan jangan memangsakan mereka yang tidak bersalah untuk menutup kesalahan diri sendiri.

Pegawai tinggi perkhidmatan awam juga diminta tidak hanya mengampu dengan bersekongkol menyuburkan dasar yang salah dan turut menekan butang yang salah.

Perkhidmatan Awam kita boleh ditingkatkan dengan menghentikan campurtangan politik, memberi mereka penghormatan pengiktirafan dan motivasi serta memodenkan khidmat dengan latihan, inovasi serta dana yang mencukupi.

UMNO menentang sekeras-kerasnya sebarang percubaan memperkotak-katikkan perkhidmatan awam atas apa jua alasan separuh masak serta bercanggah dengan semangat Perlembagaan Negara.

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung
UMNO Malaysia


Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-