Wednesday, September 18, 2019

Muafakat Nasional Tamparan Hebat Kepada PH, Melayu Islam Enggan Dipermainkan



Presiden Gerakan Islam Melayu, Ariffin Abu Bakar menjelaskan penyatuan UMNO dan PAS satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana katanya, PH sangat takut dan gentar akan penyatuan ummah yang dilakukan oleh PAS dan UMNO yang tentunya mereka tahu akan menggugat sokongan rakyat.

“Penyatuan antara PAS dan UMNO ini adalah satu tamparan hebat kepada kepimpinan PH dari segi politik.”

Jelas beliau, semenjak PH memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) setahun lebih lalu, habis aset negara diratahnya selain Melayu/Islam terasa dipermainkan hingga menimbulkan kegusaran dan kegelisahan rakyat

“Setahun pemerintahan PH seolah-olah mengenepikan apa-apa sahaja keutamaan Melayu dan Islam serta tidak menghormati Institusi Raja-raja selain tidak ambil kira sosial kontrak dan sebagainya.

“Kami sangat menyokong penyatuan ummah ini dan ia memberi satu gambaran yang sangat jelas bahawa PRU-15, insya-Allah … kita akan merampas kembali dan kita minta anak muda agar kembalilah dan rapatkan saf, pegang panji-panji ini dan mengutamakan Islam dan Melayu,” katanya kepada UMNO-Online disini.

Tambahnya lagi, mereka (PH) sengaja ingin memecahbelahkan satu kumpulan yang majoritinya orang Melayu dan Islam.

“Orang Melayu dan Islam haruslah bangkit kembali dan merampas semula Putrajaya dari PH yang telah merosakkan perpaduan dan keamanan yang dinikmati rakyat berbilang kaum selama ini,” jelasnya lagi. 

UMNO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-