Thursday, October 24, 2019

Adun Bersatu gagal tukar tempat duduk DUN ke sebelah pembangkang

Diterbitkan Hari ini 11:50 tengahari


Permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli untuk bertukar tempat duduk ke sebelah blok pembangkang ditolak oleh Speaker Ng Suee Lim.

Malah Ng berkata tanda protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu adalah “kebudak-budakan” dan mencemar nama baik Sidang Dewan.

“Saya akan menolak permohonan, ini kerana alasan tidak kukuh.

“Pertama, anda tidak dapat bukit bahawa telah keluar dari Bersatu dan menjadi ahli bebas. Jikalau anda berbuat demikian, makanya munasabah.

“Kedua, jikalau anda keluar dari Pakatan Harapan. Tetapi beliau masih sebahagian daripada Harapan,” katanya kepada Malaysiakini semasa dihubungi.

Jaga maruah DUN

Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang pertikaian politik tidak seharusnya membabitkan speaker DUN.

“Anda mahu bertukar tempat dan protes demi ketidakpuashati kepada Sungai Pelek. Perbuatan ini amat kebudak-budakan dan tidak matang. Alasan tidak munasabah.

“Sebarang pertelingkahan politik mahupun publisiti persendirian tidak boleh mengherat speaker DUN. Ini kerana DUN adalah tempat berwibawa serta tidak boleh terlibat dalam propaganda politik.”

Oleh sebab itu, beliau meminta Shaid menjaga maruah dan tidak mencalarkan imej DUN.

Semalam, Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang.

Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu daripada DAP yang mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

Mengundang kecaman

Dalam satu rencana bertajuk "Mahathir: The paper tiger” (Mahathir: Harimau Kertas) semalam, Liu berkata ketika PH sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala-BN.

Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas pemimpin Umno dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Tindakan Liu mendapat kecaman daripada Bersatu.

Setiausaha organisasi kebangsaan DAP Anthony Loke akan merujuk Liu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung kenyataannya bahawa PH boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-