Monday, October 21, 2019

Pemimpin PH Ibarat Beruk Dapat Bunga… Kaduk Naik Junjung



Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan Pakatan Harapan (PH) terkena kejutan budaya kerana telah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) maka ramai pemimpin mereka mula lupa diri dan menjadi ibarat beruk dapat bunga.

Jelas beliau, ini jelas dapat dilihat daripada cara kepimpinan mereka angkuh dan mengundang rasa benci rakyat.

“Kita lihat sahaja Khalid mulut longkang (Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad) yang mencabar apa yang Ku Nan (Tengku Adnan Tengku Mansor) dan menteri-menteri Wilayah yang dulu buat… sekarang kita nak cabar dia… kita nak tengok cara dia majukan Kampung Baru, kalau betul dia nak jaga kepentingan Melayu.

“Kita tengok pula menteri dan timbalan menteri yang tidak layak pakai ‘out rider’… bayangkanlah menteri yang jaga rumah, yang jaga kementerian nak pakai ‘out rider’. Saya tengok baju yang jadi ‘out rider’ mereka sama macam Skuad Sabil… saya taulah dulu saya Menteri Dalam Negeri… saya tau pakaian polis bagaimana. Punyalah kemaruk nak ‘out rider’, penguatkuasa Dewan Bandaraya pun jadi ‘out rider’.

“Protokol… ‘bila beruk dapat bunga’ lain, bila ‘kaduk naik junjung’, bila ‘Si Kudung dapat cincin’… lain…,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.

Tambah Zahid, kerana sikap mereka itulah rakyat mula muak dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan PH.

“Kita lebih muak dengan mereka tapi jangan tanam kebencian kepada mereka. Beritahu di bawah jangan benci kepada mereka, jangan meluat, jangan marah. Ini zaman mereka… yang penting kita tolak mereka, ambil alih tempat mereka dengan kerajaan baru pada pilihan raya nanti.

“Tapi bagaimana kita hendak terjemahkan rasa benci dan meluat ini? Konvensyenlah mesti cari solusi, terjemahkan dalam bentuk tindakan. Kita tidak boleh mengharapkan undi dari ahli UMNO, MCA dan MIC sahaja. Ia tidak mencukup, pendekatan harus berbeza,” katanya lagi.

UMNO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-