Sunday, November 17, 2019

Anuar stabil, dalam keadaan baik

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir. 
- NSTP/Iqmal Haqim Rosman

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan khabar angin setiausaha agungnya, Datuk Anuar Mohd Tahir berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Agung AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, menjelaskan Anuar berada dalam keadaan stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik.

“Anuar menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan sepanjang rawatan sekali gus menggambarkan tahap kesihatan yang memuaskan.

“Doktor yang bertugas merawat beliau turut mengesahkan bahawa tiada pembedahan yang akan dijalankan ke atas beliau sebagaimana berita yang tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Timbalan Menteri Kerja Raya dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu selepas mengalami strok.

Mengulas lanjut, Abang Ahmad Kerdee berkata, buat masa ini Anuar sedang menjalani rawatan fisioterapi.

“AMANAH berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Anuar supaya kembali berkhidmat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-