Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, November 9, 2019

Kenyataan MB Perak Satu Realiti Kerajaan PH Bermasalah Besar – Dr Shamsul Anuar



Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengenai DAP yang videonya hangat tular ketika ini adalah realiti yang sedang berlaku kepada Kerajaan PH.

Jelasnya DAP dalam banyak keadaan menguasai kerajaan dan mereka sangat berkuasa terutama di Kerajaan Persekutuan.

Jadi tegas beliau biarpun Tan Sri Muhiyuddin Yasin cuba mempertahankan apa yang disebut mengenai DAP oleh MB Perak ketika berkempen bersama calon PH di Tanjung Piai, ia sukar diterima.

“Rakyat bijak menilai. Dan di zaman teknologi begini sesuatu sukar untuk disembunyikan.

“Apa yang sebenarnya, Video sedang viral ini mengesahkan realiti sebenar keadaan hubungan parti parti dalam Kerajaan PH ketika ini terutama DAP dengan BERSATU”, katanya ketika menyampaikan ceramah umum di PDM Ladang Sungai Burong di sini, Jumaat malam.

Tambah beliau lagi apa yang sebenarnya, Video sedang viral ini mengesahkan realiti sebenar keadaan hubungan parti parti dalam Kerajaan PH ketika ini terutama DAP dengan BERSATU.

“Kerajaan PH terutamanya di Perak dengan sendirinya sah bermasalah. Apa yang disebut oleh MB Perak adalah buktinya.

“Malah diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Pengerusi PKR Perak yang menyifatkan MB Perak sebenarnya seorang yang tidak layak menjadi Menteri Besar.

“Manakala DAP meminta MB Perak memohon maaf dan dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin”, ujarnya.

Justeru jelas Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong apabila Kerajaan PH sebegini, ia menjadikan kerajaan ini tidak stabil keran berlaku masalah politik dalaman yang terlalu banyak.

“Hampir kesemua parti dalam Pakatan Harapan bermasalah.

“Oleh kerana itulah, pimpinan Kerajaan PH hilang fokus bagaimana mahu selesaikan isu dan masalah rakyat. Akibatnya rakyat yang terkesan. Melihat pada situasi ini, Pakatan Harapan mesti ditolak”, katanya.

 -UMNO ONLINE

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-