Tuesday, November 19, 2019

Perjumpaan Azmin-PKR: Saya tak dijemput, kata Anwar

Diterbitkan Hari ini 4:22 petang

BERITA

Tidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut-sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, petang ini.

Presiden PKR itu - yang diketahui sedang menghadapi tentangan dalaman kumpulan diketuai Azmin - ditunggu media di sebuah hotel di Sepang hari ini.

Selepas selesai menyampaikan ucapan di majllis Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019, Anwar diserbu media untuk mendapatkan komennya mengenai pertemuan didakwa diadakan Azmin petang ini.

Bagaimanapun ahli parlimen Port Dickson itu hanya memberikan jawapan sangat ringkas.

"Saya tak dijemput," katanya sebelum bergegas beredar meninggalkan wartawan.

Media melaporkan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli parlimen PKR di parlimen petang ini. Ia berlangsung kurang dari 24 jam selepas lebih 20 ahli parlimen BN berkumpul di kediaman rasmi timbalan presiden PKR itu di Putrajaya.

Antara mereka ialah bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein.

Tidak banyak maklumat diperolehi media berhubung pertemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-