Wednesday, November 20, 2019

Tajuddin dan Ismail berdamai, cium pipi di Parlimen

Diterbitkan Hari ini 6:38 petang

BERITA

Pergaduhan antara dua anggota Parlimen BN hari ini selesai apabila masing-masing berdamai pada sebelah petang disulami dengan adengan cium pipi antara Tajuddin Abdul Rahman dan Ismail Mohamed Said.

Anggota Parlimen Pasir Salak dan Kuala Krau itu berdamai di Parlimen dengan disaksikan oleh beberapa anggota Parlimen BN yang lain.

Suasana gamat apabila Tajuddin dan Ismail berpelukan dengan penuh mesra sebelum mencium pipi oleh anggota Parlimen Kuala Krau.

Ia kemudiannya disusuli dengan Ismail membalas ciuman terhadap Tajuddin yang kemudiannya diiringi dengan gelak ketawa.

Terdahulu, dua anggota Parlimen Umno itu yang berbalas-balas cacian secara terbuka di lobi parlimen.
Bermula daripada kata-kata marah, keadaan menjadi semakin tegang apabila Ismail menghampiri Tajuddin.

Kekecohan itu berlaku apabila Ismail berang gambar ziarah beberapa orang pemimpin Umno ke atas anak perempuannya disebarkan Tajuddin.

Menurut Ismail, Tajuddin menggambarkan beliau mengadakan komplot untuk menyokong seorang pemimpin lain sedangkan imej yang dimaksudkan itu cuma lawatan biasa untuk menziarahi anak perempuannya.

"Huh, bangang... Pemimpin Umno, BN (yang dah) lama..." katanya yang kemudian ditenangkan oleh beberapa orang yang ada berhampiran.

Tajuddin kemudian menoleh ke arah Ismail sebelum kedengaran membalas: "Bodoh!"

"You-la bodoh... bodoh la, stupid!" kata Ismail.
Ketika itu beberapa pegawai politik ahli parlimen dan anggota keselamatan mula cuba menenangkan keadaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu Tajuddin yang ditemui media kemudiannya memberitahu kekecohan berkenaan berpunca daripada salah faham dan tidak ada yang perlu diperbesarkan.

"Hanya salah faham di antara kawan-kawan, itu saja," katanya.

Sementara itu, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui memberitahu bahawa dua anggota parlimen Umno yang bertikam lidah dan hampir menumbuk akan diselesaikan esok.

"Sesi cium mulut ditangguh hingga esok.

“Kuala Krau (Ismail Mohamed Said) sudah balik. Sesi cium mulut ditangguh hingga esok,” kata Zahid kepada pemberita sambil ketawa di lobi parlimen petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-