Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, November 12, 2019

Tak perlu musuhi DAP - Anwar Ibrahim

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bh.com.my

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika program Ceramah Umum sempena PRK P.165 Parlimen Tanjung Piai di Taman Utama, Pekan Nenas Pontian.
 - Foto Hairul Anuar Rahim

PONTIAN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyedari wujud suasana tidak gembira dalam kalangan penyokong mereka termasuk orang Cina dan Melayu.

Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada gerakan pihak tertentu termasuk pembangkang yang cuba menyemai persepsi semua masalah yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada DAP.

“Orang Cina tak ‘happy’ (gembira)...sokong PH, tapi tak ‘happy’. Orang Melayu pula ingat kita (PKR) sudah jadi DAP...ada pandangan begitu.

“Sesetengah orang ni, semua masalah (dituduh) DAP punya pasal. Saya dimaklumkan, ada kempen pembangkang yang memberitahu orang Melayu, apa saja yang berlaku, semua salah DAP.

“Apa pasal nak bermusuh dengan DAP? Kalau DAP curi duit, kita lawan...kalau DAP rasuah, kita lawan...tapi kalau sama-sama berpakat bantu rakyat, maka kita sokong.

“Ini sebenarnya pendirian kita kerana semua perlu sedar, masalah negara kita bukan Cina atau Melayu, tapi pemimpin yang curi duit,” katanya ketika berucap pada kempen PH di Taman Utama Pekan Nanas di sini, malam ini.

Turut hadir, calon PH bagi PRK berkenaan, Karmaine Sardini.

Anwar dalam ucapannya turut berkata, beliau tidak mahu menyokong dasar ekonomi kerajaan yang mempertahankan golongan orang Melayu yang kaya saja.

“Saya tak setuju dasar mempertahankan Melayu kaya. Saya mahu dasar ekonomi yang tolong orang susah. Melayu, Cina, India yang miskin semua kita tolong,” katanya.

Beliau berkata, wujud jurang ekonomi yang besar di antara golongan sangat kaya dan sangat miskin di negara ini berpunca daripada dasar yang tidak betul dan kerajaan PH mahu membetulkannya.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-