Tuesday, December 10, 2019

Anwar berdepan penjara maksimum 10 tahun

ANALISISUTAMA
December 10, 2019
MAJDAN DAGANG 

SETELAH tujuh jam memberikan keterangan kepada polis, Muhammed Yusoff Rawther akhirnya keluar dari Bukit Aman kira-kira jam 9.00 malam.

Mengikut peguam beliau, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, masa lama diambil kerana polis hendak tahu perincian insiden tersebut dari tarikh ia berlaku (2 Oktober 2018) ke tarikh laporan polis dibuat (7 Disember 2019).

Mengikut Mohamed Haniff Khatri Abdulla juga, siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah mengenai kesalahan “menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa dia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu”.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan ini, pelakunya “hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu”.

Sama-sama kita lihat bagaimana peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Ramkarpal Singh, akan bersilat membela beliau di mahkamah jika kes ini masuk mahkamah nanti. – Buletin Asia

KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-