Saturday, December 7, 2019

Khalid Samad dapat undi tertinggi pemilihan Amanah

Diterbitkan 6 Dis 2019, 11:57 malam

BERITA

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mendahului senarai 27 pemimpin Amanah yang dipilih perwakilan bagi menduduki jawatankuasa pimpinan nasional parti itu bagi sesi 2019 hingga 2022.

Khalid mendapat 786 undi daripada sejumlah 822 perwakilan yang mengundi melalui e-voting semasa konvensyen keempat parti itu di Shah Alam malam ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menduduki tempat ketujuh dengan 681 undi, manakala Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berada di tempat ketiga dengan 765 undi.

Tiga naib presidennya iaitu Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mahfuz Omar berada di tempat kedua dengan 780 undi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof di tempat keempat dengan 755 undi; dan Anggota Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus di tempat ke-15 dengan 460 undi.

Kedua-dua naib presiden, Adun Salor Husam Musa tidak bertanding dalam pemilihan ini, manakala Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom tidak berjaya berada dalam senarai 27 tertinggi.

Perwakilan Amanah hari ini juga mengundi untuk semua menteri dan timbalan menteri dari parti itu kecuali Timbalan Menteri Kerja Raya Anuar Tahir yang menyandang jawatan setiausaha agung parti.

Pemimpin lain yang menduduki jawatankuasa pimpinan nasional Amanah termasuk Adun Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud yang juga bekas Ketua Wanita Amanah; Ketua Menteri Melaka Adly Zahari; Adun Sungai Rapat Mohamad Nizar Jamaluddin dan Speaker Dun Johor, Suhaizan Kaiat.

Menerusi pemilihan pertama parti itu selepas empat kali konvensyen diadakan menyaksikan beberapa muka baru berjaya memenangi jawatan tertinggi parti itu.

Antaranya, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Faiz Fadzil.

Berikutan pengumuman keputusan malam ini pemimpin yang baru dipilih itu akan bertemu Speaker dan Timbalan Speaker parti yang baru dilantik, 14 ketua-ketua negeri dan ketua ketiga-tiga sayap parti.

Pertemuan itu akan menentukan siapa di antara mereka akan memegang jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden dengan keputusan rasmi akan diumumkan pagi esok.

Dua jawatan naib presiden yang lain akan dilantik oleh presiden yang baru dipilih.

Konvensyen Amanah Nasional 2019 bermula hari ini dan akan berakhir pada Ahad.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi 2019 hingga 2022:

Speaker: Yuhaizad Abdullah

Timbalan Speaker: Adnan Saad

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional

1. Khalid Abd Samad (786)

2. Mahfuz Omar (780)

3. Salahuddin Ayub (765)

4. Mujahid Yusof Rawa (755)

5. Mohd Hatta Md Ramli (725)

6. Dzulkefly Ahmad (687)

7. Mohamad Sabu (681)

8. Adly Zahari (655)

9. Siti Mariah Mahmud (612)

10. Raja Bahrin Raja Kamarulzaman (584)

11. Faiz Fadzil (582)

12. Mohammad Nizar Jamaluddin (553)

13. Mazlan Aliman (544)

14. Nik Omar Nik Abdul Aziz (543)

15. Hasanuddin Mohd Yunus (460)

16. Suhaizan Kaiat (445)

17. Zolkharnain Abidin (445)

18. Ridzwan Abu Bakar (435)

19. Asmuni Awi (428)

20. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (368)

21. Mohamed Hanipa Maidin (360)

22. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (359)

23. Phahrolrazi Mohd Zawawi (339)

24. Mohd Sany Hamzan (338)

25. Mariam Abdul Rashid (317)

26. Ahmad Termizi Ramli (302)

27. Muhaimin Sulam (299)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-