Saturday, December 7, 2019

Mohamad Sabu kekal presiden Amanah

Diterbitkan Hari ini 10:14 pagi

BERITA

KONVENSYEN AMANAH | Mohamad Sabu diumumkan sebagai presiden Parti Amanah Negara buat penggal kedua, sekali gus terus memimpin parti itu bagi tempoh 2019-2022.

Speaker persidangan, Onn Jaafar berkata keputusan tersebut dibuat dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti bagi sesi 2019-2022, di Konvensyen Amanah Nasional 2019, malam tadi.

Salahuddin Ayub juga mengekalkan jawatan timbalan presiden untuk penggal kedua.

Sementara itu, Mahfuz Omar diangkat sebagai naib presiden baru selain mengekalkan Dr Mujahid Yusuf dan Hasanuddin Mohd Yunus.

Semalam, 27 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Nasional dipilih pada Konvensyen Nasional 2019.

Mengikut perlembagaan parti, sebaik keputusan pemilihan diumumkan, speaker hendaklah memanggil satu mesyuarat dalam kalangan 27 orang yang dipilih bersama ketua sayap dan 14 pengerusi negeri.

Mesyuarat malam tadi memilih pemegang jawatan presiden, timbalan presiden dan tidak lebih tiga naib presiden dalam kalangan 27 AJK Pimpinan Nasional Amanah.

Presiden pula diberi kuasa melantik tidak lebih dua naib presiden dan beberapa jawatan lain dalam kalangan 27 AJK Pimpinan Nasional Amanah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-