Saturday, December 7, 2019

Nilai pasaran industri halal Malaysia cecah RM614 bilion pada 2025, kata HDC

Bernama
-December 7, 2019 6:54 AM


KUALA LUMPUR: Nilai pasaran industri halal Malaysia dijangka mencecah AS$147.4 bilion (kira-kira RM614.36 bilion) menjelang 2025, menurut Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata industri halal terus berkembang dengan 70% nilai pasaran disumbangkan sektor makanan.

Beliau berkata, trend kukuh itu disokong peningkatan jumlah pengguna halal, selain peningkatan produk makanan disahkan halal yang dijangka memacu pasaran halal global pada tahun akan datang.

“Pertumbuhan ini didorong permintaan tinggi, bukan saja daripada penduduk Islam, bahkan perubahan fikiran dan kesedaran penduduk bukan Islam di seluruh dunia,” katanya berucap pada malam gala Anugerah Jenama Asia Halal 2019 malam tadi.

Suraya memetik laporan HDC berkata, beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan berkembang melepasi sektor makanan untuk turut merangkumi farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan, peralatan mandian dan peranti perubatan.

Katanya, perkembangan terkini menunjukkan industri halal berkembang meliputi penawaran gaya hidup, termasuk perjalanan halal, perkhidmatan perhotelan dan fesyen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-